Monday, August 03, 2009

Selsema Babi H1N1 Virus Pembunuh!!!!!

Selsema Babi H1N1 telah melanda seluruh dunia dan kini semakin bermaharajalela kat negara kita. Selsema babi atau Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza A(H1N1).
Virus influenza ini adalah sejenis virus yang baru dan terhasil daripada reassortment (percampuran) genetik virus influenza babi, burung dan manusia.
Virus ini dikenali sebagai selesema babi (swine flu) kerana berdasarkan ujian awal makmal ia menunjukkan kebanyakan gen virus ini adalah sama seperti gen virus selesema babi yang berasal dari Amerika Utara. Walau bagaimanapun kajian terperinci menunjukkan bahawa ia adalah sejenis virus baru yang berbeza dengan virus selesema babi sedia ada. Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain. Gejala jangkitan virus influenza A(H1N1) adalah serupa dengan gejala selesema bermusim (influenza-like-illness) termasuk demam; batuk, sakit tekak dan gejala lain seperti selesema, sakit badan, sakit kepala, badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga individu yang dijangkiti virus ini mengalami cirit-birit dan muntah.

Selain itu, Virus ini juga berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara. Seseorang boleh dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

Tuesday, June 09, 2009

Seniman Jalanan.... Jamal


Jamal Ubaidillah bin Haji Ali.... kalau sebut nama sebenarnya memang tak kenal.... Anak kelahiran Ipoh, Perak ni memang terkenal dengan seniman bersuara emas. Lagu-lagu yang didendangkan beliau seperti Sendiri, Sepi Dalam Penantian, Kau Lupa Janji, Di Mana Kemesraan, Aku, Nadi Cinta, Andainya Aku Jutawan, Mati Hidup Semula, Azura dan ratusan lagi memang sedap didengar. Kini tibalah msanya bagi peminat-peminat yang rindukan petampilan jamal secara bersemuka, beliau akan mengadakan Konsert yang memaparkan perjalanan hidup dan perjuangan seni Jamal Abdillah selama lebih 30 tahun dalam bidang seni suara tanah air sehingga beliau digelar Biduan Negara. Tiket berharga Rm 75, 100, 150, 250 dan 300 bermula 5 hingga 9 Ogos 2009, kalau nak yang murah kenalah tempah dari sekarang tapi jarak pentas dengan penonton agak jauh sikit lah. Saya dah pun tempah dan rasa tak sabar menanti 7 Ogos 2009. Gemarkan suaranya ketepikan keperibadiaannya...Huuuhuuu...

Thursday, April 09, 2009

Selamat datang 'Rais' selamat tinggal 'Shabery'...


Pengumuman barisan Kabinet yang baru turut menyaksikan penyusunan semula tiga kementerian iaitu Kementerian Penerangan, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, bagi mewujudkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan. Jadi tahniah MOI dapat menteri dan rakan baru......

Najib umum Kabinet baru.

Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran.Najib, yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lepas, mengekalkan portfolio Menteri Kewangan yang disandangnya sejak 19 Sept 2008, ekoran pertukaran portfolio pertahanan dengan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.Seperti yang dijangkakan, kabinet Najib lebih kecil terdiri 28 menteri dengan 25 kementerian, berbanding 32 menteri dengan 27 kementerian semasa pentadbiran Abdullah sebelum ini.
Barisan kabinet itu juga mencerminkan slogan pentadbiran Najib iaitu "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan", yang mengajak rakyat bersama-sama melaksanakan transformasi besar untuk negara.Daripada tujuh muka baru itu, empat dilantik menjadi menteri melalui lantikan senator iaitu Dr Koh, Jamil Khir, Sharizat dan Raja Nong Chik yang mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara khamis petang.Dalam barisan kabinet itu, tujuh menteri mengekalkan portfolio masing-masing iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Tee Keat (Pengangkutan), Datuk Seri Khaled Nordin (Pengajian Tinggi), Datuk Dr Maximus Ongkili (Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas Uggah Embas (Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Liow Tiong Lai (Kementerian Kesihatan) dan Datuk Dr S.Subramaniam (Sumber Manusia).Seramai 14 menteri bertukar portfolio, didahului Muhyiddin kini menerajui Kementerian Pelajaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri sebelumnya.Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pula berpindah daripada Kementerian Kewangan ke Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok daripada Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein daripada Kementerian Pelajaran ke Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Rais Yatim daripada Kementerian Luar ke Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, dan Datuk Peter Chin Fah Kui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.Turut berpindah kementerian ialah Datuk Seri Shafei Apdal (Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Mustapa Mohamed (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Dr Ng Yen Yen (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ke Kementerian Pelancongan), Datuk Noh Omar (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pertahanan, Datuk Shaziman Abu Mansor (Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi ke Kementerian Kerja Raya), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Kementerian Penerangan ke Kementerian Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Kementerian Belia dan Sukan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna).
Lapan menteri yang tidak tersenarai ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar (Dalam Negeri), Datuk Seri Azalina Othman Said (Pelancongan), Senator Tan Sri Muhammad Muhd Taib (Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Senator Datuk Amirsham A Aziz (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Ong Ka Chuan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Datuk Mohd Zin Mohamed (Kerja Raya), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Wilayah Persekutuan) dan Datuk Shahrir Abdul Samad, yang meletakkan jawatan.Tujuh muka baru yang dilantik ialah Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Perpaduan dan Pengurusan Prestasi, Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Mej Jen Datuk Jamil Khir Baharom sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Agama Islam.Muka baru lain ialah Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Anifah Aman sebagai Menteri Luar dan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, dan Naib Presiden MCA Datuk Kong Cho Ha, yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Thursday, March 26, 2009

Tahniah! Ahmad Shabery Cheek....

Seperti mana yang kita ketahui, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah terpilih sebagai Timbalam Presiden UMNO yang baru bagi sesi 2008 - 2011 sekaligus menewaskan pesaing tunggalnya. Tiga jawatan Naib Presiden juga telah diisi dimana telah menduduki kerusi ketiga tertinggi dalam hiraki UMNO ini. Tahniah!
Sebagai penjawat awam yang bertugas dalam Kem. Penerangan tidak terlewat untuk merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Shabery Cheek kerana memenangi antara 25 kerusi Naib Presiden UMNO dengan meraih sebanyak 1,377 undi. Sebagai rakyat malaysia amnya, saya berharap agar YB Datuk meneruskan tanggung jawab dengan lebih komited dan semangat kental disamping memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.




Sunday, March 01, 2009

ALAM M. NASIR....Benar-benar memukau....





Tanggal 27 Februari 2008, Jumaat merupakan antara tarikh yang tidak dapat dilupakan bagi peminat seniman M. Nasir termasuk saya sendiri. Bertolak jam 5.30 petang dan tiba ke Istana Budaya jam 7.00 malam. Bertolak awal untuk mendapat tempat parking kereta yang berdekatan dengan Istana Budaya. Memang hebat dan bertenaga.....saya seolah berada didalam alam m nasir ketika dia menyanyikan lagu-lagunya..saya selami setiap bait lagu yang digarap bersama melodinya.. sungguh indah sekali....saya seperti mahu menjerit supaya m nasir terus menyanyi tanpa henti..kalau boleh tak perlu break 15minit dan dia pun tak perlu bercakap..hanya menyanyi sambil menari tenggong mengikut rentak alunan muziknya....lagu mentera semerah padi, keroncong utk ana,ada,suatu masa,phonex bangkit dari abu,apokalips..mmg ditunggu2....dan petikan gitar untuk lagu suatu masa....betul2 buat saya tergamam dan sama2 dibuai perasaan...tahniah m nasir dan semua yang terlibat......harap dapat berjumpa lagi next concert....

TANDA-TANDA BERBOHONG...... "OOOooo Bohong ye?"

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidungApabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.
Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.
Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu

Monday, February 23, 2009

DREAM CAR

Toyota Caldina.......


Suke tak????? Suke lah.


Yang Ini Pulak? White Gold Benz..... Fuhhhh.


Wednesday, February 11, 2009

Alam Muzik.....


“…Persembahan adalah sebuah puisi panjang dan ia dimulakan dengan hanya vokal tanpa muzik iringan dan setelah beberapa minit, ia diikuti dengan satu alat muzik akan berkumandang, kemungkinan sebuah seruling atau gitar akustik. Penghujung persembahan adalah satu pesta simfoni yang gemilang...” M. Nasir.
SELEPAS hampir sembilan tahun artis serba boleh, M Nasir, tidak muncul dengan konsert besar-besaran di negara ini, tanggal 27 dan 28 Februari, serta 1 Mac depan tentunya saat paling ditunggu peminat penghibur berkenaan apabila beliau tampil dalam Konsert Alam Muzik M Nasir di Panggung Sari, Istana Budaya (IB). Kalau nak beli tiket dia boleh layari laman web http://www.ticket2u.biz/ dan harga tiket RM 45.00, RM 85.00, RM 150.00, RM 200.00, RM 250.00.
Tak sabar rasanya nak tengak kehebatan M. Nasir setelah sekian lama beliau tak buat konsert solo. Kali akhir artis berusia 52 tahun ini beraksi di pentas konsert mega adalah pada 29 Januari 2000, apabila beliau muncul dalam Konsert Raikan Cinta M Nasir di Stadium Merdeka.

Sunday, February 08, 2009

Berbaloikah Sambut 'Valentine's Day'???!!!??











14 Februari dianggap keramat oleh pasangan yang sedang berkasih. 'Happy Valentine's Day Sayang'....... ungkapan yang sering digunakan sebagai tanda kasih sayang si Romeo dan Julietnya....tak cukup dengan kata-kata dapat hadiah lagi dan ada yang mematri tarikh ini sebagai tarikh mengikat tali perkahwinan. jom kita renung balik sejarah kewujudan Hari Valentine yang diangung-agungkan ni berdasarkan beberapa pendapat:

Pendapat pertama berkait dengan Pesta sambutan kaum Rom Kuno "Lupercalia" dimana ianya merupakan upacara penyucian diri. Dua hari pertama mereka menyembah dewa cinta bagi kaum Rom Kuno yang bernama Juno Februata. hari pertama 14 Feb, pemuda Rom memilih nama-nama gadis yang menjadi pilihan dan dimasukkan kedalam sebuah kotak, lalu dicabut nama-nama tersebut dan nama gadis terpilih akan dijadikan objek hiburan seksnya selama setahun. Pada hari kedua, mereka akan menyembelih anjing dan kambing. Dua pemuda yang dianggap gagah terpilih, disapu darah binatang tersebut lalu mencucinya dengan susu sebagai tanda penyucian.

Pendapat kedua pula, berkaitan kematian paderi St. Valentine ketika Raja Rom yang bernama Claudius II. Pun ada dua versi ceritanya, pertama seorang paderi telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dimana beliau dipenjarakan oleh Raja Rom ketika itu, dan akhirnya dihukum bunuh. Sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat kepada gadis tersebut yang bertandatangankan 'From Your Valentine'. maka orang-orang kristian menjadikan 14 Feb sebagai hari Kasih Sayang bagi memperingati kematian Valentine. Kedua, St. Valentine menentang kemahuan Raja Rom dengan mengahwinkan pemuda-pemuda Rom secara sulit. beliau dihukum gantung pada 14 Feb atas tindakannya itu.

Pendapat ketiga, ia diraikan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 . St. Valentine memainkan peranan penting dalam misi tersebut dan mengaggap Islam sebagai agama yang zalim. Pendapat Keempat, hari Valentine ini sempena dengan musim mengawan burung yang jatuh pada 14 Feb.
Dah jelas asal-usul Hari Valentine tidak ada hubung kaitnya dengan budaya orang Melayu apatah lagi umat Islam... Fikir lah sedalam-dalamnya ye... tidak memaksa tapi hanya sebagai pedoman kita bersama.

Karpal Bermain Dengan Api...Apa Dah Jadi?



"Jangan main-main dengan saya" macam tu lah lebih kurang bunyinya kata-kata Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh dalam satu sidang akhbar berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Tanjong dan Balik Pulau (Perak) berhubung tindakannya memfailkan saman terhadap Sultan Azlan Shah. Memang keterlaluan tindakan si penderhaka Karpal Sigh menyaman Sultan sekaligus membelakangkan kepentingan Raja-raja Melayu khususnya Sultan Azlan Shah di Perak. Memang melampau !!!!! Sewenang-wenang membuat tindakan yang mencemar institusi beraja.


Sudah lah Karpal Sigh, Jangan bersikap angkuh dan keterlaluan mencabar Sultan dan Raja-raja Melayu, hentikan segala tindak tanduk yang akan membakar diri sendiri.... sedar atau tidak, sikap begini akan menimbulkan sentimen perkauman.... kerajaan perlu mengagkap terus tanpa kompromi kepada sesiapa yang cuba ingkar Kedaulatan Sultan terutama Pengeruai DAP.

Sunday, February 01, 2009


Cendol Pak Ujang


























Perkataan asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand(Bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan siam maka ramai penduduk Negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.
Kalau anda ke Port Dickson, Negeri Sembilan melalui Jalan Seremban singgahlah sebentar di Warung "Cendol Pak Ujang" di Pekan Lukut, Port Dickson. Tanya je orang kat sekitar Lukut pasti tahu dimana letaknya lokasi warung cendol asli ni. Yang istimewanya cendolnya dibuat secara tradisional dari ramuan kisaran beras (sekarang hanya perlu tepung beras) dan dicampur dengan air pandan dimasak, dikacau hingga cairan tapi pekat dan menggelegak. Setelah itu pekatan tadi ditekan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan, maka pekatan tadi terus melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan dibawah bekas berlubang tersebut. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi kalau anda nak rasa nikmatnya, bolehlah campur dengan pulut, cincau, jagung atau kacang. Warung ni diusahakan oleh Pak Ujang sendiri bersama isteri dan dibantu juga oleh anak-anak (masa cuti jer lah). Harganya pun tak lah mahal, murah jer.....Datang tau cuba rasa Cendol Pak Ujang, memang best!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 29, 2009

Israel Lahnatullah!!!!!





Dentuman meriam mungkin telah pergi, tubuh-tubuh korban telah dikuburkan, bangunan-bangunan runtuhan mulai dibersihkan, tetapi, serangan biadab Israel selama 22 hari banyak meninggalkan kesan bagi penduduk Gaza, fisik dan psikologi.

Walaubagaimanapun, ratusan penduduk Palestina di Gaza sudah memulai hari mereka seperti biasa. Mereka bekerjasama memperbaiki terowongan-terowong yang hancur kerana di bom oleh Israel. Terowongan-terowongan tersebut menjadi satu-satunya jalan untuk menyeludupkan makanan dan kebutuhan rakyat lainnya yang diperoleh di Mesir.

Superman of Malaysia...




"Ku membenarkan jiwaku untuk mencintaimu. Ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu. Dan diriku untuk kamu Belum pernah ku merasai begitu. Semua itu telah berlalu Harapanku palsu Dan mungkin hari yang satu. Terus ku tertunggu Di hatiku, masih kamu. Belum pernah Ku ingin terus menunggu" Demikianlah starting lagu 'Sampai ke Syurga" dendangan Superman Malaysia - Faizal Tahir. Cayalah..... bolot 3 Anugerah dalamm AJL ke-23 - persembahan terbaik, vokal terbaik dan juara kategori balada....

Memang meletop!!!!!!!!