Sunday, February 01, 2009

Cendol Pak Ujang


























Perkataan asal bagi cendol ialah chorn dooi bermaksud tolong. Kerana pada ketika itu hendak membuat cendol amat sukar dan memerlukan pertolongan beberapa orang lain. Chorn dooi diambil dari bahasa Selatan Thailand(Bahasa Melayu Patani), dahulunya Negara Islam Patani. Setelah ditakluki oleh kerajaan siam maka ramai penduduk Negara Patani berpindah ke negeri-negeri di Tanah Melayu dan memperkenalkan sejenis minuman manis.
Kalau anda ke Port Dickson, Negeri Sembilan melalui Jalan Seremban singgahlah sebentar di Warung "Cendol Pak Ujang" di Pekan Lukut, Port Dickson. Tanya je orang kat sekitar Lukut pasti tahu dimana letaknya lokasi warung cendol asli ni. Yang istimewanya cendolnya dibuat secara tradisional dari ramuan kisaran beras (sekarang hanya perlu tepung beras) dan dicampur dengan air pandan dimasak, dikacau hingga cairan tapi pekat dan menggelegak. Setelah itu pekatan tadi ditekan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan, maka pekatan tadi terus melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan dibawah bekas berlubang tersebut. Ia dihidangan bersama ais, air gula merah dan santan. Tetapi kalau anda nak rasa nikmatnya, bolehlah campur dengan pulut, cincau, jagung atau kacang. Warung ni diusahakan oleh Pak Ujang sendiri bersama isteri dan dibantu juga oleh anak-anak (masa cuti jer lah). Harganya pun tak lah mahal, murah jer.....Datang tau cuba rasa Cendol Pak Ujang, memang best!!!!!!!!!!!!

5 comments:

  1. Assalamualaikum..slm prknlan driku...ehhhmmm..nmpak sedap la cendoi tu..nnti kalau ke PD..saya cari gerai ni ok...

    ReplyDelete
  2. sawadee ka! itu cendol mesti sedap. tambah sedap jika dibubuh durian dan pulut...kopkun kopcai!!!kalau i gi pd mesti singgah...jangan tak singgah...

    ReplyDelete
  3. Hai, rin...
    Siap promote cendol Pak Ujang lagi.....Klu K. Zura gi PD, sure singgah punye...
    p/s: leh dapat free ke??? he.he.he..

    ReplyDelete
  4. Heee...... datang lah cube kat gerai cendol ni... Warungnya simple jer tapi rasanya leh tahan kot... Belum cube lum tau...

    ReplyDelete
  5. Kalau kita ada kat situ...leh lah free ek...(1st time ok jer)

    ReplyDelete