Thursday, January 29, 2009

Israel Lahnatullah!!!!!





Dentuman meriam mungkin telah pergi, tubuh-tubuh korban telah dikuburkan, bangunan-bangunan runtuhan mulai dibersihkan, tetapi, serangan biadab Israel selama 22 hari banyak meninggalkan kesan bagi penduduk Gaza, fisik dan psikologi.

Walaubagaimanapun, ratusan penduduk Palestina di Gaza sudah memulai hari mereka seperti biasa. Mereka bekerjasama memperbaiki terowongan-terowong yang hancur kerana di bom oleh Israel. Terowongan-terowongan tersebut menjadi satu-satunya jalan untuk menyeludupkan makanan dan kebutuhan rakyat lainnya yang diperoleh di Mesir.

Superman of Malaysia...




"Ku membenarkan jiwaku untuk mencintaimu. Ku persembahkan hidupku untuk bersama kamu. Dan diriku untuk kamu Belum pernah ku merasai begitu. Semua itu telah berlalu Harapanku palsu Dan mungkin hari yang satu. Terus ku tertunggu Di hatiku, masih kamu. Belum pernah Ku ingin terus menunggu" Demikianlah starting lagu 'Sampai ke Syurga" dendangan Superman Malaysia - Faizal Tahir. Cayalah..... bolot 3 Anugerah dalamm AJL ke-23 - persembahan terbaik, vokal terbaik dan juara kategori balada....

Memang meletop!!!!!!!!

Pak Ujang Beloved Family....



My Beloved Family....

Cinta Chen & Wu...



Pernahkah anda ke negara China? Sejujurnya saya tak pernah melangkahkan kaki ke sana, setakat ni cuma mendengar pengalaman member je la. Ramai antara mereka amat tertarik dengan kemegahan Tembok Besar China sejauh 36,000 kilometer iaitu lambang kekuatan Kerajaan China pada masa itu dan tak mungkin terdedah pada sebarang bentuk pencerobohan.

Tapi tahukah anda? apakah faktor sebenar kejatuhan Kerajaan China pada zaman pemerintahan Kerajaan Ming? Ia disebabkan oleh cinta.... Macam ni cerita dia..... Menurut sejarah, maharaja telah terpikat dengan seorang gadis bernama Chen dimana dia merupakan kekasih kepada Jeneral Wu iaitu kepala kepada tentera Kerajaan Ming. Walaupun raja mempunyai beribu-ribu gundik namun dia masih berminat untuk megambil Chen sebagai gundiknya. Apa lagi, Jeneral Wu pun sakit hati lah malah dia berasa amat tercabar. Pada masa yang sama Kerajaan Ming sedang berjuang menentang penceroboh askar Manchuria. Tentera China yang diketuai oleh Jeneral Wu bermati-matian mempertahankan Istana hingga ke titisan terakhir. Dalam pada mereka bermati-matian, dengan tak disangka Jeneral Wu yang tengah berdendam ni tadi, telah melakukan sesuatu diluar jangkaan iaitu membuka pintu utama Kota Larangan (Forbideen City) maka askar Manchuria pun menyerang lah istana. Dalam masa tidak berapa lama, berakhirlah Kerajaan Dinasti Ming iaitu kerajaan yang terakhir menguasi China sekali gus dinasti yang banyak membawa perubahan terhadap Kerajaan China. Semuanya kerana apa? Kerana CINTA..... Demikianlah cinta boleh membuat manusia bahagia, tetapi adakalanya ia boleh membuatkan manusia lupa diri seolah-olah hilang akalnya....

'Snake Wine'


'Wine' adalah minuman beralkohol yang dibuat dari sari anggur jenis 'Vitis vinifera' yang popular di banyak negara. Antara negara yang penduduknya meminum anggur paling banyak adalah Perancis, Argentina, Itali, Amerika Syarikat, Rusia dan Rumania. Berlainan pula di negara jiran kita, Vietnam, ular berbisa seperti 'cobra' digunakan untuk membuat minuman alkohol dan ia dikenali sebagai 'Snake Wine'. Kalau difikirkan secara mendalam memang tak masuk akal tapi itulah realitinya masyarakat dunia yang terlalu berani mencuba. Kalau nak rasa cubalah.....pasti mujarab.