Thursday, January 29, 2009

Cinta Chen & Wu...



Pernahkah anda ke negara China? Sejujurnya saya tak pernah melangkahkan kaki ke sana, setakat ni cuma mendengar pengalaman member je la. Ramai antara mereka amat tertarik dengan kemegahan Tembok Besar China sejauh 36,000 kilometer iaitu lambang kekuatan Kerajaan China pada masa itu dan tak mungkin terdedah pada sebarang bentuk pencerobohan.

Tapi tahukah anda? apakah faktor sebenar kejatuhan Kerajaan China pada zaman pemerintahan Kerajaan Ming? Ia disebabkan oleh cinta.... Macam ni cerita dia..... Menurut sejarah, maharaja telah terpikat dengan seorang gadis bernama Chen dimana dia merupakan kekasih kepada Jeneral Wu iaitu kepala kepada tentera Kerajaan Ming. Walaupun raja mempunyai beribu-ribu gundik namun dia masih berminat untuk megambil Chen sebagai gundiknya. Apa lagi, Jeneral Wu pun sakit hati lah malah dia berasa amat tercabar. Pada masa yang sama Kerajaan Ming sedang berjuang menentang penceroboh askar Manchuria. Tentera China yang diketuai oleh Jeneral Wu bermati-matian mempertahankan Istana hingga ke titisan terakhir. Dalam pada mereka bermati-matian, dengan tak disangka Jeneral Wu yang tengah berdendam ni tadi, telah melakukan sesuatu diluar jangkaan iaitu membuka pintu utama Kota Larangan (Forbideen City) maka askar Manchuria pun menyerang lah istana. Dalam masa tidak berapa lama, berakhirlah Kerajaan Dinasti Ming iaitu kerajaan yang terakhir menguasi China sekali gus dinasti yang banyak membawa perubahan terhadap Kerajaan China. Semuanya kerana apa? Kerana CINTA..... Demikianlah cinta boleh membuat manusia bahagia, tetapi adakalanya ia boleh membuatkan manusia lupa diri seolah-olah hilang akalnya....

No comments:

Post a Comment